Adira Suhaimi menangis bila kakak hadiahkan selimut dan cadar sempena hari jadi, tak sangka rupanya ada cerita disebalik hadiah tu

Baru-baru ini penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi merancang untuk memberi kejutan kepada penyanyi tersebut dengan membeli hadiah istimewa. “Saya ada sedikit kejutan untuk Adira. Saya tahu barang yang saya beli ini bukanlah barang yang terlalu mahal tetapi barang ini bernilai. Saya belikan dia sesuatu yang dia perlu.” Adira kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ketika membaca ucapan yang ditulis Emma di atas hadiah tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Penyanyi berasal dari negeri di bawah bayu itu kemudian membuka hadiah dan kelihatan teruja apabila menerima cadar daripada Emma. “Thank you, I love you.” Menurut Emma, dia ada sebab tersendiri mengapa cadar dijadikan hadiah untuk Adira iaitu ianya adalah memori mereka semasa kecil. “Dipendekkan cerita, kami dari kecil tidak pernah ada bilik sendiri. Tidak pernah ada selimut dan cadar sendiri. Simple, set cadar pun boleh buat kami gembira. Cadar yang lawa buat kami tidur lena. Kami mahu Adira tidur dengan nyenyak dan dapat rehat yang cukup.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan pemberian Emma kepada Adira. Dalam masa yang sama mereka juga gembira melihat keakraban adik beradik itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.