Laman ig Jihan Muse teruk kena kritik dengan warganet lepas Elly Mazlein bersuara, siap ada yang suruh Jihan minta maaf lagi

SUSULAN luahan ditulis oleh Elly Mazlein di Instastory, akaun Instagram milik pengacara Jihan Muse dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet. Menerusi satu hantaran terbaharu di akaun berkenaan, netizen meminta Jihan atau Nur Jihan Muse, 40, tampil memohon maaf dan menyelesaikan segala kemelut yang berlaku. “Aku peminat kau Jihan, tolong jangan kecewakan aku. Nanti buat saja permohonan maaf (walaupun tak tahu kes apa), tak mengapa minta maaf saja selepas itu teruskan hidup macam biasa.

“Cuba kau (Jihan) buat permohonan maaf saja kan senang. Makin lama makin teruk pula isu korang ni. “Entahlah kesian dengan Jie (panggilan Jihan) sebenarnya tapi benda dah jadi minta maaf sahajalah. Tabahlah dalam kehidupan ini, ambil pengajaran ya. Kita ni peminat awak (Jihan),” tulis warganet. Bukan itu sahaja, ada juga warganet menegur cara pengacara berkenaan dalam mengendalikan program televisyen.

“Kau (Jihan) tak payah kacau pengacara lain. “Tak boleh ke jadi pengacara profesional tanpa memerli, mencuit atau membandingkan orang lain. Tolonglah belajar jadi pengacara yang baik dan bijak dalam bertutur. “Jadi pengacara memang kena banyak study. Ini tak habis-habis cari benda nak membahan orang. Penuhkan ilmu di dada nampak cerdik bila berkata-kata,” kata warganet. Pada Sabtu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, secara terbuka menyindir gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria.

Kata Elly, dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas. Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas sama-sama sedang menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil Haziq menari. Jihan kemudian memberitahu perbuatan tersebut sama seperti seseorang yang juga bekerja di Astro tetapi versi wanita. Meskipun tidak menyebut nama, namun kata-kata itu dianggap ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *