Bimbang sebab kebakaran makin merebak di Los Angeles, Jasmine Suraya ambil keputusan untuk tinggalkan kawasan kediaman

KEBAKARAN hutan yang semakin merebak di Los Angeles, California, Amerika Syarikat membuatkan pelakon Jasmine Suraya terpaksa tinggalkan kawasan kediamannya. Bimbang risiko bencana yang semakin meruncing, Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 36, mengambil keputusan untuk mencari tempat perlindungan sementara. Berkongsi perkembangan terkini, Jasmine memberitahu kebanyakan penduduk sudah melakukan tindakan berpindah keluar ke lokasi yang lebih selamat.

“Kami memandu selama tiga setengah jam keesokan harinya untuk mencari tempat berteduh sementara. Kami berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan memutuskan untuk pergi ke kawasan berdekatan tasik. Kereta semua sudah penuh dengan barang. Seperti kami, orang lain turut berpindah keluar dari Los Angeles ke tempat yang lebih selamat,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Selasa.

Dalam masa sama, Jasmine bersyukur kerana berjaya mendapatkan tempat perlindungan yang lebih selamat meskipun terpaksa mengharungi cabaran besar. “Gembira dan selamat sekarang. Terima kasih kepada hotel berkenaan kerana memberikan diskaun kepada mngsa pemindahan seperti kami. Kami sayang awak. Setelah alami beberapa hari yang sukar, kami berjaya melaluinya,” ujarnya.

Sekadar info, kejadian kebakaran hutan yang berlaku di Los Angeles sejak Selasa lalu telah menyebabkan ratusan kediaman musnah. Malah sekitar 200,000 penduduk diarahkan berpindah demi mengelakkan lebih ramai terkorban. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *