Persembahan paling mahal, tak sangka Ajai jemput Talita untuk buat persembahan di Singapura

Selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang, baru-baru ini, anak kepada pelawak dan penyampai radio Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi tawaran untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti. Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri. Klik sini untuk lihat video.

“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga. Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey.” Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan. Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.

Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *