Redha kalau bekas isteri jumpa jodoh dengan individu lain, Datuk Red dedah ada lelaki lain yang cuba dekati Adira Suhaimi

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, mendedahkan bahawa terdapat seorang individu yang berminat untuk mengenali bekas isterinya, Adira Suhaimi. Perkara itu dikongsikan Datuk Red menerusi satu sesi siaran langsung yang kemudian tular di TikTok. Dalam video tersebut, Datuk Red secara terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya selepas berpisah dengan pelantun lagu Ombak Rindu itu. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, Datuk Red mengakui bahawa jika bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan individu lain, dia reda dan menganggap itu adalah ketentuan takdir. “Saya dapat laporan ada seorang lelaki yang betul-betul minat dengan Adira. Dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk ‘masuk jarum’ Tak apa lah, kalau tak ada jodoh saya. Lelaki tu berkemampuan, saya tidak. Saya tak boleh tahan, Adira tu manusia. Kalau ada jodoh tu, ada lah.”

Namun Datuk Red menegaskan bahawa anak-anak tetap menjadi keutamaannya dan Adira walaupun jika mereka tidak ditakdirkan bersama, kelak. “Kalau saya atau Adira kahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada.” Dalam masa yang sama, Datuk Red turut meluahkan bahawa buat masa ini, dia akan berusaha sehabis baik untuk menstabilkan kehidupannya sebelum kembali bergelar suami. “Selagi tak ada tu tak apa, saya duduk sampai akhir hayat saya pun tak kisah. Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan isteri saya dan anak-anak saya.”

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun berpisah pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *