Penyanyi Wany Hasrita yang selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Al Adib Fahmi berbesar hati kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis hari bahagianya. Wany pada masa sama akui dia tidak jangka ramai yang hadir dan meminta maaf andai ada yang terkurang. Perkara itu diluahkan penyanyi yang sinonim dengan lagu Menahan Rindu ini menerusi Instagram, baru-baru ini. “Terima kasih pada semua tetamu yang hadir. Jumlah tetamu agak luar biasa, dan saya sendiri tak sangka ramai yang hadir meraikan hari kami. Wany nak minta maaf andai ada yang terkurang, tak terlayan ya. “Kenduri yang ni sangat last minit sebenarnya, dan wany memang buat ala-ala open house. Simple tapi masihhh bersiap,” kongsinya.
Wany dan suamu diraikan oleh kenalan, media dan peminat-peminatnya dalam majlis kesyukuran yang diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Bukit Mahkota Cheras, Kuala Lumpur Ahad lalu. Selain itu, Wany juga sempat memberikan kredit kepada semua pihak yang memastikan majlis anjuran berjalan lancar. “Thank youuuu so much kak @ejashahril. Wany mesej Kak Eja agak last minit juga, alhamdulillah boleh selit slot. “Thank you juga pada @leanorweddings x @karyaimpi setup dewan dalam masa 2 jam je. Tak lupa pada @forestvalleyhall, thank you so much. Kata Wany“Ayah sebenarnya request buat area Cheras sahaja sebab ramai kawan di sini. Nasib baik @forestvalleyhall free juga malam 24 tu. Thank youuu again,” tulisnya lagi.
Pada Jumaat lalu, Wany selamat bergelar isteri Al-Adib dengan dua kali lafaz akad nikah. Pasangan sejoli ini diijabkabulkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa. Sumber, media hiburan