Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil berkongsi keadaan terkini kedua-dua anaknya di Australia. Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri terpanggil untuk berkongsi selepas bekas suaminya, Hafidz mendedahkan tidak menerima sebarang maklumat terkini mengenai anak-anak. Difahamkan, hantaran yang dikongsi Shuhada di Instagram Story (IGs), dibuat oleh orang terdekat yang berada di Australia.
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/BB7F1539-D389-4DD0-9113-3E7CC2878EEA-224x300.jpeg)
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/97B42A33-D5B9-4AF8-BDCA-EC01C7FB6E52-214x300.jpeg)
“Ada orang rindu Umar dan Humairah ke? Sihat je mereka berdua di Australia ni. Menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan persekitaran yang positif bersama orang yang menyayangi mereka berdua dengan ikhlas.” Sebelum ini, Hafidz menyatakan perasaan rindu untuk bertemu dengan anak-anaknya selepas lebih setahun tidak berjumpa dengan mereka.
Kata Hafidz, kali terakhir mereka berhubung adalah sebelum Shuhada dan anak-anaknya pindah ke luar negara melalui panggilan video. Untuk rekod, bekas pasangan itu telah berpisah talak satu pada 27 Julai 2024. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.