Walaupun perit nak menerima takdir, Ayu Raudhah akui redha dengan pemergian anak bongsu

Advertisements
Advertisements

Walaupun perit menerima takdir yang ditetapkan, namun pelakon Ayu Raudhah reda pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang pergi menghadap illahi ketika tidur, semalam. Menurut laporan Gempak, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mengenangkan Muhammad Aisy Al Rees adalah seorang anak yang baik ketika hayatnya.

“Saya reda Insya-Allah. At first dia memang anak dari syurga, dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dia tidak pernah menyusahkan, dia memang baik luar biasa. Memang ditakdirkan dia baby syurga, itu sahaja saya nak cakap,” katanya ringkas. Malah, isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak itu menjadikan keberadaan anaknya selama enam bulan sebelum ini adalah satu kenangan indah yang akan dikenang buat selama-lamanya.

Pada masa sama, Ayu menganggap bahawa anaknya itu adalah pinjaman daripada Allah dan dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menolak takdir. “Setiap saat dia bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak dia,” tambahnya. Sebelum ini, Zaquan mendedahkan anak ketujuhnya pergi menghadap illahi menerusi sebuah hantaran di Insta-story, semalam.

Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang semalam di Seremban. “Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” ujarnya. Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees, 6 bulan, selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi tadi.

Sekadar info, Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari. Ayu dan Zaquan sememangnya terkenal sebagai pasangan memiliki zuriat ramai berbanding selebriti lain yang mana dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *