Terkesan dengan berita pemergian anak Ayu Raudhah, Farra Inalis akui tak boleh tidur sebab risau dekat ank

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa sebak dengan ujian yang menimpa pelakon Ayu Raudhah sekeluarga. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Farra akui terkesan dengan berita duka yang menimpa pelakon Ayu Raudhah apabila kehilangan anak bongsunya dalam tidur. Menurutnya, kejadian itu membuatkan dirinya kerap kali memeriksa keadaan anak.

“Selepas baca berita anak bongsu Ayu meninggal dalam tidur, jujur aku cakap, memang tak boleh tidur. Dekat 10 kali tersedar dan check anak bernafas ke tidak. Tak terbayang macam mana sedih perasaan mereka hilang anak secara mengejut macam itu. Sesungguhnya semua adalah pinjaman dari-Nya.”

Dalam pada itu, Farra sempat menitipkan doa buat bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan isteri Ayu Raudhah untuk terus kuat menghadapi ujian ini. “Tabahkan lah mereka. Semoga Kak Ayu dan keluarga kuat menghadapai ujian berat ini. Al-fatihah baby syurga.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *