Boleh datangkan bahaya, warganet minta hentikan penjualan gula gula kenyal

Advertisements
Advertisements

Warganet gesa hentikan penjualan gula-gula kenyal kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan terutamanya buat golongan kanak-kanak. Menurut Public Health Malaysia, perkara tersebut boleh berlaku disebabkan tekstur licin dan kenyal yang membuatkan ia mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah. Jika tidak dikunyah dengan sempurna, ia akan menganggu saluran pernafasan kanak-kanak memandangkan gula-gula kenyal itu bersaiz besar berbanding mulut kanak-kanak.

“Gula-gula kenyal sukar dikeluarkan jika tercekik, berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar. Gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya,” ujar Public Health Malaysia dalam sebuah hantaran di laman X. Susulan itu, ramai memohon untuk menghentikan dan mengharamkan penjualan gula-gula kenyal tersebut bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang kembali.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Fahmi Hafiz, 10, pergi menghadap illahi selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata. Mangsa dikatakan membeli gula-gula kenyal itu di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth tanpa pengetahuan keluarga. Guru bertindak menelefon pihak perubatan selepas mendapati Mohamad Fahmi pengsan ketika hendak ke tandas.

Pihak perubatan berjaya mengeluarkan gula-gula kenyal berkenaan dari mulut kanak-kanak itu, namun mangsa masih tidak sedarkan diri. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *