Bukan sahaja bercuti, Sissy turut merakamkan album di London. Gara gara seronok bercuti di Kota London, ada pula yang menuduh penyanyi Sissy Imann berada di sana kerana tiada tawaran kerja. Menjawab mengenai perkara itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imannn Mohammad Kamil, 27, memberitahu perancangan ke negara Eropah itu sudah lama dirancang dan ia tertangguh disebabkan komitmen kerja sebelum ini. Kata Sissy lagi, dia masih menerima beberapa tawaran kerja namun terpaksa ditolak kerana mahu berehat buat sementara waktu.
Sissy kecewa apabila ada yang cakap buruk tentang bapanya.
Katanya “Berada di London merupakan percutian saya yang sudah lama tertangguh. Saya perlukan waktu ini untuk mengembalikan tenaga. Apa-apa tawaran yang dalam dalam tempoh di London semua tolak secara baik. “Saya masih kongsi content media sosial yang diminta klient semasa di London. Saya suka melakukan kerja yang saya suka,” katanya. Sissy menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
Ia selepas ada pihak membangkitkan mengenai isu berkenaan kepada ayahnya yang juga merupakan pengurus peribadi Sissy. “Selalunya saya abaikan perkara begini, tetapi agak-agaklah bercakap dengan ayah saya begitu. “Kalau artis tiada job antara salah satu penyebab boleh jadi salah pengurusan sebab tak buat kerja. Ayah adalah pengurus saya, sampai hati cakap begitu tentang dia.
Selalunya saya abaikan perkara begini, tetapi agak-agaklah bercakap dengan ayah saya begitu
Kata Sissy lagi “Dia tu dah la bertongkat, teman kerja sana-sini. Baik diam kalau tiada benda baik nak cakap,” ujarnya. Berkongsi mengenai tujuannya ke London, Sissy yang berangkat pada 17 Julai lalu sempat merakamkan enam buah lagu di The Abbey Road Studios, United Kingdom.
Sissy ambil masa berehat selepas penat bekerja.
Selanjutnya kata Sissy “Saya juga merakamkan album. Itu bukan kerja ke? Saya penuhkan masa dengan melakukan persiapan enam buah lagu sebulan lalu. Bayangkan ia sepatutnya percutian, tapi kena kerja juga. “Jaga mulut. Ini pertama kali saya ke London! Rezeki sekarang untuk saya menikmati penat lelah menyanyi, mengacara dan semuanya yang saya kumpul sepanjang sembilan tahun dalam industri,” jelasnya. Sumber, mstar