PELAKON Eyka Farhana seolah-olah memberi gambaran bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila meraikan acara ‘bachelor party’ bersama beberapa orang rakan artis. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok milik pengacara Yaya Zahir, Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, diraikan oleh teman rapat sambil memakai selempang bertulis ‘bride to be’. Dalam hantaran berkenaan, Yaya atau Zuhairah Zahir, 34, meluahkan rasa teruja apabila dia berpeluang bersama-sama meraikan pelakon berkenaan menjelang hari bahagia.


“Malam yang menyeronokkan meraikan rakan kami, Eyka,” tulisnya. Selain Yaya, rakan artis termasuk Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Puteri Aishah dan Alicia Amin antara yang dilihat bersama-sama aktres berkenaan. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat sudah tidak sabar menunggu hari bahagia Eyka selain memuji kecantikan rakan-rakan artis yang menjadi teman baik pelakon drama Budak Tebing ini.
“Wah, dah nak kahwin ke?” “Kalau semua jadi bridesmaids nanti confirm, boom! Cantik weh semua,” tulis warganet. Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan lanjut daripada Eyka tidak berhasil apabila mesej dan panggilan dibuat tidak dijawab. Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan sudah bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid.
Eyka berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum. Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram memperlihatkan sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka. Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020. Sebelum ini, Eyka menafikan dia sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.