Jaga adab dalam hasilkan konten, Ryan Bakery beri nasihat buat pempengaruh untuk berhati hati dalam hasilkan konten jenaka

Advertisements
Advertisements

Pencipta kandungan terkenal, Ryan Bakery menitipkan nasihat buat pempengaruh untuk berhati-hati dan menjaga adab dalam hasilkan konten jenaka agar tidak menyinggung perasaan individu lain. Menurut laporan Kosmo! Online, Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berpandangan bukan semua individu boleh menerima jenaka tambahan pula nama mereka dipetik dalam kandungan video.

“Kita perlu berhati-hati apabila membuat konten terutama melibatkan nama seseorang. Si pelaku juga adalah seseorang yang dikenali dan begitu juga dengan nama individu yang disebut. Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu, tetapi bukan semua orang sama,” katanya. Mengulas mengenai seorang pempengaruh didakwa memuat naik hantaran memfitnah seorang pelakon mengambil barang terlarang, Ryan berkata individu terbabit perlu memohon maaf dengan ikhlas bagi meredakan keadaan.

Jelasnya yang mempunyai pengalaman berada dalam situasi tersebut, mohon maaf adalah jalan terbaik bagi menggelakkan isu tersebut terus berpanjangan. “Nasi sudah jadi bubur, minta maaf sahajalah secara profesional dan jangan panjangkan lagi masalah itu. Bila ego tinggi, ia jadi lebih susah dan sukar. Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.

Saya juga pernah dikecam gara-gara hal yang lebih kurang sama. Kemudian saya buat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa saya tidak ada sebarang niat buruk. Saya ambil pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi,” ujarnya. Dalam pada itu, Ryan berharap pempengaruh tersebut dapat merendahkan ego dan menerima segala teguran yang diberikan oleh pelbagai pihak berkaitan kontroversi yang melanda dirinya.

“Orang yang ada pengikut berjuta tidak bermakna mereka tidak boleh disentuh. Jika mereka rasa begitu, maksudnya dia tidak sedar diri. Kita kena sedar apa yang kita miliki hari ini sebab orang menyukai konten kita. Kalau orang sudah tidak mengikuti, maka hilanglah semuanya. Tentang adab pula, (itu) memang sewajarnya ditegur. Adab nombor satu,” jelasnya. Terdahulu, kecoh di media sosial Ellie Suriaty meluahkan rasa kecewa dengan kandungan dihasilkan Imran yang dianggap telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

Ellie menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu yang memuat naik sebuah hantaran video memaparkan Imran berseloroh dan menyebut nama Ellie sedang bercakap seperti sedang mengambil bahan terlarang. Susulan itu, dia telah membuat laporan polis terhadap Imran dan tegas memberi peringatan selain tidak menolak untuk mengambil tindakan saman termasuk memanjangkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *