Hanya nak fokus dekat perniagaan, Shuk Sahar tak mahu menjaja isu rumahtangga dengan isteri dalam media sosial

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pelawak Shuk Sahar menegaskan dia tidak akan sesekali menjaja isu rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dalam media sosial biarpun wanita tidak henti mengeluarkan kenyataan mengenai masalah mereka. Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, bagaimanapun, hanya mengharapkan doa daripada orang ramai agar isu rumah tangganya berakhir dengan baik. “Doakan yang baik-baik. Walaupun kalian dengar cerita yang bukan-bukan, saya tetap harapkan perkara yang baik berlaku buat saya dan Fara.

Harap kalian juga dapat doakan Fara dan anak dalam kandungan baik-baik sahaja. Saya tak mahu bercerita hal peribadi dalam media sosial sebab nak betul-betul fokus dengan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya dalam siaran langsung TikTok. Shuk berkata demikian selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai cerita rumah tangganya dalam ruangan komen siaran langsung tersebut.

Selain enggan membuka cerita perihal rumah tangga, dia juga memilih untuk tidak memburuk-burukkan nama pasangan kepada orang ramai. “Saya tak akan burukkan pasangan sebab pernah hidup bersama dengan individu itu sebelum ini. Jadi, kalau kita burukkan orang lain, satu hari nanti orang lain akan lakukan perkara sama pada kita pula. Semua cerita peribadi itu akan saya uruskan sendiri. Saya memang tak suka kongsi hal peribadi sejak dulu lagi,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shuk sempat berseloroh dia antara selebriti lelaki membawa contoh buruk dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai suami. “Aku ini dah di tahap lelaki yang dilabel sebagai ‘redflag’. Aku akan dijadikan contoh, bila nak kahwin, mak-mak akan cakap jangan cari menantu macam Shuk,” katanya. Terdahulu, Fara dalam satu laporan berita mendedahkan sudah memfailkan perpisahan terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Dia sebelum ini meluahkan rasa berang terhadap Shuk yang didakwa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023. Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *