Bukan kali pertama diperkatakan, baru-baru ini tular video memaparkan aksi mesra aktres Ruhainies dengan aktor berbadan sasa, Zul Ariffin. Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, terlihat momen dimana Zul memegang lengan Ruhainies dan seolah berbisik sesuatu sebelum berlalu pergi. Difahamkan Ruhainies dan Zul Ariffin menghadiri majlis Ralph Lauren, kedua-dua mereka sedang sibuk bergambar dengan peminat. Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan ada yang membuat spekulasi kedua pelakon itu sudah berkahwin. Malah, ada warganet mendakwa keakraban mereka seperti pasangan suami isteri apatah lagi dilihat sangat mesra. Hujung tahun lalu, Kelab Peminat Zul Ariffin (ZAFC) tampil menyangkal dakwaan bahawa pelakon berbadan sasa itu sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti wanita.
Zul Ariffin Manja Baring Atas Peha Ruhainies, Warganet Tegur Jaga Batas. Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies berkongsikan video menampilkan aktor sensasi, Zul Ariffin sebagai pasangan seperti berada dalam majlis perkahwinan. Bagaimanapun, video tersebut hanya hanyalah gimik untum mempromosikan satu produk. Namun, selepas seminggu berlalu, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video disebalik tabir pembikinan video itu. Apa yang menjadi perhatian, video tersebut memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama Ruhainies dimana aktor itu dilihat baring di atas peha aktres berkenaan sambil melelapkan mata.
Menerusi video itu, Ruhainies dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur lena. Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang warganet yang mengkritik tindakan kedua pelakon itu yang seolah tidak menjaga batas pergaulan. Tidak kurang juga, warganet berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain. Terdahulu, kecoh di media sos.ial mengenai kontroversi Zul Ariffin yang memuat naik sedutan babak panas bersama pelakon baru Siti Hariesa sehingga dikritik teruk warganet. Sumber, rotikaya