Isteri jadi perhatian sebab muat naik gambar tak berhijab, sekali ini pula pengakuan Caprice tentang isteri dia

Pada Julai lalu, penyanyi rap Caprice berkongsi rasa gembira apabila isteri tercinta, Farra Inalis tampil dengan imej baharu iaitu mengenakan tudung. Nak tunjuk aurat kat siapa? Bagaimanapun, tindakan Farra memuat naik foto tidak bertudung telah menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet sehinggakan ada yang melemparkan kata kesat. Tidak melatah dengan komen ‘pedas’ itu, Farra memohon agar indvidu terbabit bertenang dan tidak memperbesarkan isu terbabit. Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu. Sementara itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menjawab soalan warganet di Instagram Stories, baru-baru ini. Ditanya sama ada isterinya sudah berhijab, pelantun lagu Lenglui ini menyatakan dia sudah memainkan peranan sebagai suami namun belum kekal sepenuhnya.

Saya cuba yang terbaik tetapi ia tak kekal lagi. Saya lebih kecewa dengan diri saya sendiri kerana saya tidak berjaya. Pada 15 November 2021, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama Farra Inalis Hussni yang merupakan ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang kini berusia lima tahun. Sumber,Instagram @capricedaddycap & @farra_inalis. Kena Kritik Sebab Muat Naik Foto Tak Bertudung Lagi, Terkedu Ini Pula Respon Selamba Dari Isteri Caprice

PENAMPILAN isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Innalis yang dilihat sudah berhijab dan kemudian memuat naik foto terbaharu tanpa tudung mengundang persoalan netizen mengenai imej sebenar wanita berkenaan. Menjawab pertanyaan netizen itu, Farra atau lebih mesra disapa Elis menerusi ruangan komen meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. “Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu,” komennya. Farra jawab komen warganet. Pada Julai lalu, penampilan Farra dilihat sudah mengenakan tudung menerima pujian ramai. Bagaimanapun, perkongsian terbaharunya tanpa hijab membuatkan warganet tertanya-tanya mengenai imej sebenar Farra. “Nak tunjuk aurat kau kepada siapa? Dah ada suami cukup la. Kau tambah mata orang yang tengok, dapat dosa.

“Tudung dah hilang? “Hari itu bertudung. Manis dah. Hari ini tudung mana?,” komen warganet. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerima pujian netizen sebelum ini kerana berjaya mendidik isteri sehingga tampil dengan imej baharu bertudung. Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Kisah Farra sering menjadi perhatian warganet kerana Caprice sendiri banyak kali memberi maklum balas tentang isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Farra pernah mendedahkan dirinya terkena shr namun ia mendapat kritikan warganet kerana dalam masa sama dia turut memuat naik video menari di laman sosial. Untuk rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu. Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu. Kredit, mstar

Caprice Muat Naik Video Tegur Tentang Isu Kedai Air Buah Viral, Tapi Ini Pulak Komen Warganet. Baru-baru ini, Caprice telah tampil memberikan pendapatnya tentang video viral sekumpulan penunggang motosikal mrba dan memlk seorang wanita ketika mahu bergambar. Penyanyi rap itu memang sering memuat naik video tentang pendapatnya tentang apa sahaja isu yang sedang hangat diperkatakan. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mempersoal semua lelaki di dalam video itu mengapa mereka perlu ‘travel’ sejauh itu untuk mencuba air buah dijual oleh wanita berkenaan. Bagaimanapun, pendapat Caprice itu sebaliknya mendapat respon berlainan di Facebook di mana ramai warganet menempelak penyanyi rap terbabit. Rata-ratanya memerli Caprice dan menyuruhnya menegur isterinya sendiri dahulu kerana kadang kala tampil berpakaian menjolok mata.

Sumber, beautifulnara. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Minta Kurangkan Golongan Ni Dalam Kerajaan, Caprice Tampil Beri Respon Isu Menteri Minta Kurangkan Penggunaan Telur. Rapper terkenal, Caprice tampil mengulas isu tentang kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan. Kenyataan Norena kepada media itu telah pun tular dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet, terutama yang masih bergelut untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke endemik. Caprice dalam satu hantaran terbaharu di Instagram(IG) miliknya petang semalam mengulas mengenai isu itu di dalam segmen yang diwujudkan di sosial media setelah sekian lama iaitu “What Is On The News Today” Dalam isu itu, Caprice seolah-olah mencipta ‘formulanya’ sendiri tentang apa yang berlaku.

“Memang kalau harga telur meningkat kita kena kurangkan makan teluar dan jika harga ayam dan daging meningkat pun kita kena kurangkan makan ayam dan daging tapi jangan sampai makan b*b*. Dan…apabila kebodohan meningkat kita kene kurangkan orang bodoh dalam kerajaan Malaysia. Insya-Allah selamat,” pesannya. Tidak cukup dengan itu, Caprice sempat berseloroh dengan memerli supaya wakil rakyat dapat membeli (telur) dengan harga borong. “Saya harap harga kismis tak akan meningkat sebab warganet dan rakyat Malaysia kena makan kismis. Saya nak cadang wakil rakyat dapat harga borong lah,” ujarnya. Sejak semalam video temu bual menteri KPDNHEP Melaka itu tular dan ramai warganet Malaysia marah dan cuba memerli kenyataan itu di media sosial. Sumber, Gempak