Mungkin tahun terakhir raya solo, Erra Fazira kongsi momen romantis dalam media sosia dengan Mr E

Advertisements
Advertisements

Semakin terbuka berkongsi momen romantis dalam media sosial, primadona terkenal, Erra Fazira mengakui tiada apa yang perlu disembunyikan lagi mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Mr. E atau Ezwan Zain. Bersikap matang selari dengan usia, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, berkata, perkongsian yang dimuat naik untuk tatapan umum dirasakan tidak keterlaluan dan masih menjaga batas.

“Pada usia sekarang, ‘nothing to hide’ (tiada istilah nak sorok) atau main tarik tali. Kalau cakap semakin terbuka, ya. Saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia. Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu nikmati sahaja kehidupan ketika ini.” Erra berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana Raya Astro 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, pada Rabu.

Dalam pada itu, Erra mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya. “Allahuakbar, itu yang saya harapkan iaitu doa yang baik-baik daripada orang ramai. Saya pun bukan nak terbuka sangat sebab saya juga sayangkan privasi sendiri. Namun ada ketika, saya nak melalui kehidupan normal, jadi kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa.”

Diusik adakah Syawal tahun ini merupakan yang terakhir beraya solo, Erra menjawab ringkas “kita aminkan doa itu (raya terakhir solo)”. Baru-baru ini, tular klip memaparkan pelantun lagu Pasrah itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan. Perkara tersebut mengundang respons positif netizen yang rata-ratanya merestui hubungan mereka dan berharap berakhir ke jenjang pelamin.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *