Siapa tak kenal dengan pelakon cantik dan kacukan ini. Baru baru ini pelakon Raja Ilya membuat satu perkongsian di Instagram mengenai tanggapannya terhadap memiliki cahaya mata ketika masih bujang. Menerusi hantaran di Instagram, Raja Ilya menyatakan bahawa ketika masih bujang, dia sentiasa beranggapan mempunyai anak itu adalah menyusahkan dan akan memeningkan kepala apabila bayi menangis dan menganggu waktu tidur. “Bila bujang selalu fikir ada anak ni menyusahkan , susah kan hidup sendiri, susah kan badan nak mengandung, nak kena jaga figure, nanti anak buat hal bikin sakit kepala. Bila diorang bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur and so on.”-Tulis Raja Ilya
“Tapi Bila Dah Ada Anak…”
Walaubagaimanapun, Raja Ilya mengakui kesemua tanggapan tersebut salah apabila sudah mempunyai anak kerana dirinya sentiasa merasakan ianya baik-baik sahaja walaupun terpaksa berjaga lewat malam dan berlaku perubahan pada bentuk tubuh badannya selepas bersalin. “Tapi bila dah ada anak baru rasa semua tu salah. How joyful they are. Walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah tapi sesuatu tentang mempunyai anak. Semua rasa macam ‘it’s okay, i’m fine”-Kongsi Raja Ilya Dalam pada itu, pelakon filem Appalam turut menitipkan rasa syukur dengan kehadiran bayi perempuan, Talita Love Garret yang telah memberikan sinar dan dan kegembiraan dalam kehidupannya dan suami. Sumber, murai