Berdamai dengan takdir, Datuk Red akui tak jadi nak nikah dengan Adira Suhaimi aidilfitri ini

Advertisements
Advertisements

RANCANGAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu kembali berkahwin dengan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira pada bulan Syawal ini nampaknya tidak kesampaian. Berdamai dengan takdir, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia dan Adira selesa mengekalkan berhubungan sebagai rakan baik serta mengutamakan anak-anak berbanding perasaan sendiri. “Dulu hanya merancang sahaja, tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan.

Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang. Keutamaan kami berdua adalah pada anak-anak,” katanya Ketika dihubungi pada Isnin. Masih menyimpan perasaan sayang terhadap Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, Adnan bagaimanapun menyerahkan soal jodohnya pada Allah SWT. Malah usahawan itu bersedia untuk bergelar duda sehingga akhir hayatnya jika tidak berjodohan kembali bersama Adira.

“Pada umur macam ini, saya hanya menantikan jodoh saya kembali bersama Adira. Cinta tak semestinya memiliki, andai Adira berjodoh dengan orang lain nanti pun tidak mengapa saya tiada masalah. Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila, tak terfikir nak cari perempuan,” ujarnya. Sementara itu, Adnan menjelaskan faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.

Kata Adnan, dia masih mempunyai hutang yang perlu diselesaikan dan enggan membebankan Adira dengan perkara berkenaan. “Faktor kewangan antara punca saya rasa belum masa untuk berkahwin. Tambah pula perjalanan saya nak selesaikan hutang lama pun masih jauh. Saya sedar diri dan tidak mahu membebankan isteri saya jika berkahwin nanti,“ jelasnya. Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.

Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun berpisah pada 24 April tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun. Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan perpisahan pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *