Ada yang pesan jangan harapkan pembantu rumah jaga anak, sekali ini pula jawapan dari Intan Najuwa

Advertisements
Advertisements

Pelakon Intan Najuwa memuat naik video memaparkan momen ketika membawa anak kesayangan, Imane Lunara ke hospital selepas menginjak usia 3 bulan. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dilihat ditemani pembantu rumah sepanjang lawatan tersebut. Namun, perkongsian itu mengundang komen daripada seorang individu yang menasihatinya tentang kepentingan menjalinkan hubungan rapat dengan anak sendiri, walaupun mempunyai pembantu rumah.

“Pastikan ada bond dengan anak sendiri ya sis, sangat penting. Bagus untuk perkembangan baby juga, pembantu rumah tu bonus. Saya pun ada pembantu rumah tapi mereka perlu je baru suruh mereka.” Tidak berdiam diri, Intan menegaskan bahawa sebagai seorang ibu, adalah tanggungjawab untuk menguruskan segala keperluan anak. Jadi, hubungan antara ibu dan anak tidak perlu dipersoalkan kerana sememangnya mereka mempunyai ikatan yang istimewa. Klik sini untuk lihat video.

“Saya mak dia, bukan setakat bonding. Nak susu, nak apa-apa pun cari saya walaupun ada pembantu rumah. Saya rasa benda ni tak perlu nak beritahu kot, semua mak dalam dunia ni tahu.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya para ibu bersetuju dengan pandangan Intan bahawa setiap ibu pasti tahu yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga berpendapat bahawa kehadiran pembantu rumah hanyalah sebagai bantuan, dan tidak menggantikan kasih sayang atau peranan sebenar seorang ibu dalam membesarkan anak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *