El Azman luah rasa sukur walaupun terpalit dengan kontroversi tapi capai target jualan sebanyak RM250 juta

Advertisements
Advertisements

Pemilik Elrah iaitu El Azman syukur apabila mencapai jualan sebanyak RM250 juta pada tahun ini walaupun terpalit dengan kontroversi didakwa meniru rekaan samping jenama pakaian lain. Menurut laporan, El Azman atau nama sebenarnya Mohd Hilmi Che Azman mengakui isu tersebut menjejaskan nama baiknya namun, kontroversi tersebut antara asbab jualannya meningkat.

“Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai. Angka ini bukan datang semalaman. Ia adalah hasil dari tahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi, dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran. Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.

Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan. Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meskipun di hujung Ramadan ini,” katanya.

Selain menggunakan pengaruh artis tempatan, El Azman turut memberitahu perniagaannya kian dikenali di mata dunia selepas menjadikan jaguh Muay Thai iaitu Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk. “Dengan pengambilan Rodtang dan Tawanchay, ia membuatkan lebih ramai mengenali jenama kami ini. Pengambilan mereka (sebagai duta) memberi kesan baik kepada jenama Elrah. 

Untuk pengetahuan, jualan di Thailand sangat meningkat iaitu kepada RM70 juta. Malah pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli di Indonesia juga meningkatkan jualan di negara sana,” ujarnya lagi. Terdahulu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman telah memuat naik hantaran mendakwa bahawa rekaan samping Elrah dikatakan meniru rekaan dari samping keluaran suaminya, Emran Rijal.

Pun begitu, El Azman menegaskan tidak meniru rekaan samping seperti didakwa kerana motif keris yang digunakan adalah warisan budaya dan sama sekali bukan hak individu mana-mana pihak. Dia juga menjelaskan bahawa pemilikan hak cipta tidak membuktikan sebarang kepemilikan sejarah kerana tiada sebarang penjelasan yang mengatakan motif tersebut milik keluarga mereka sejak 1890.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *