SELEPAS menerima teguran abang sulungnya, pelakon Datin Rebecca Al Islam mengambil keputusan memadam semua hantaran melibatkan keluarga di media sosial. Rebecca, 39, berkata dia menerima nasihat itu dengan hati terbuka selepas kecoh perbalahannya dengan isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida sejak Jumaat lalu. “Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

“Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta. Saya akan padam segala-galanya. Air dicincang tak akan putus,” katanya. Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram yang turut memaparkan wajah abangnya itu.
Sebelum ini, Rebecca muncul dengan sebuah video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut. Ia ekoran Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida.
Bukan itu sahaja, Rebecca dan anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial. Awal Mac lalu, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim. Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.