Ambil masa untuk hadam, Neelofa akui susah nak terima hakikat yang ibu ada knser payudara

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal Neelofa mengakui sukar untuk menelan hakikat pahit apabila mengetahui ibunya, Datin Noor Kartini menghidapi penyakit kanser payudara tahap satu. Ketika ditemui, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata pada awalnya adik-beradiknya tidak dapat menerima kenyataan tentang berita sedih itu. Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur kerana dapat mengesan penyakit itu lebih awal.

“Ketika awal tahu saya seperti dalam keadaan seperti tidak mahu terima kenyataan. Kami adik-beradik mengambil masa untuk menelan kenyataan itu. Tapi kami bersyukur dapat tahu awal-awal dan kanser itu juga tidak agresif.” Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk pencuci pakaian Daia 3 Dalam 1: Softergent Lavender yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Ketika ditanya mengenai sifat Kartini ketika sakit, Neelofa menyifatkan ibunya seorang wanita yang kuat dan tidak pernah menunjukkan dirinya dalam keadaan sakit. “Mama seorang wanita yang kuat. Dia tak ada perangai mengada atau manja. Cuma kami adik-beradik jaga emosi dia, tidak banyak berkongsi cerita yang boleh beri tekanan pada dia” Difahamkan, Kartini telah selamat menjalani operasi dan kini masih dalam proses pemulihan.

Dalam pada itu, Neelofa sempat mengingatkan orang ramai supaya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat. “Sekarang memang sangat biasa untuk orang hidap kanser payudara dan rawatan sangat maju berbanding dahulu. Jadi banyak benda untuk disyukuri. Paling penting sama ada masih muda atau berusia kena buat pemeriksaan kesihatan tahunan.

Kalau tak buat, kemungkinan bila dah dapat tahu ada penyakit nanti kena berbelanja lebih untuk membuat rawatan. Sebelum ini, Kartini mengejutkan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap satu. Berita yang mengejutkan tersebut telah memberikan kesan mendalam terhadap anak-anaknya sehingga mereka bergegas pulang untuk menjenguknya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *