Nama sering jadi bualan ramai, bakal madu Nilam akui tak hamak nak kahwin dengan pelakon

Advertisements
Advertisements

Wanita berniqab yang didakwa sebagai bakal madu usahawan Nur Nilam Ortiz akhirnya bersuara apabila tidak tahan dengan makian dan cacian yang diterima daripada warganet. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, wanita berniqab yang dikenali sebagai Maizila itu akui sudah lama bersabar dengan tuduhan yang diterima. Tegasnya, dia tidak mengejarkan status isteri kepada seorang pelakon. Klik sini untuk lihat video.

“Saya perhati saja di live Nilam, sama naik dengan warganet, kutuk-kutuk mata saya. Cakap saya macam orang tua lah, mata saya seram lah. Saya ini lebih cantik dari Nilam. Sebab mata ini lah Azlan Komeng jatuh cinta dengan saya. Tapi takpelah cakap lah apa saja. Hanya yang tahu saja tahu. Saya tak hadap nak jadi isteri seorang artis, tapi awak kena tanya Azlan kenapa kami masih bersama saya hingga kini.”

Dalam pada itu, Maizila memilih untuk tidak membalas kata-kata negatif yang diterima daripada warganet kerana enggan ‘sama naik’ dalam isu perhubungannya bersama Azlan Komeng. Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan. Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet dilihat meninggalkan pelbagai reaksi negatif sehingga terdapat komen yang mengatakan matanya seperti wanita berusia.

Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya. Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh. Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *