PENGACARA Nadia Annuar berang apabila nama ibunya dipetik dalam isu perbalahan seorang wanita dikenali sebagai Nurul bersama pelakon Zarina Anjoulie. Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 41, berkata tindakan aktres berkenaan bukan sahaja mencemarkan nama baik ibunya iaitu Dr Zaiton Hassan, 67, atau mesra disapa Kak Ton tetapi syarikat miliknya. Dakwa Nadia, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut menuduh ibunya menumpang popularitinya demi menjual produk.
“Yang saya tahu Anju (Zarina) memang ada masalah dengan Nurul (pekerja Kak Ton) tapi itu hal mereka, saya tak mahu masuk campur. Masalahnya apabila Anju sebut nama ibu saya! Dia kata ibu saya sudah berusia masih mahukan publisiti murahan semata-mata nak jual produk. Dia sebut dengan jelas Beauty Umaira HQ, kalau dia sebut Kak Ton saja mungkin saya tak meroyan macam ini kerana boleh jadi Kak Ton mana-mana saja.
Tindakan dia ini mencemarkan nama baik ibu saya dan syarikat. Produk Kak Ton sudah 16 tahun dalam pasaran tak pernah ada rekod buruk, sangat tak logik guna kaedah macam ini,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Nadia berkata, pada awalnya dia mahu berbincang dan menasihati Anju agar berhenti menyebut nama ibunya dalam hal tidak berkaitan. Namun hasrat itu dibatalkan apabila pelakon itu mengugut mahu menyaman ibunya tanpa sebab munasabah.
“Dia siapa nak saman Kak Ton? Kak Ton buat apa pada dia? Saya ada video mengatakan dia nak saman ibu saya berkali-kali. Penonton yang tengok salah faham. Orang ingat Kak Ton ada kaitan dalam hal mereka,” ujarnya. Menjelaskan kekeliruan yang berlaku, Nadia memberitahu Nurul merupakan pekerja ibunya yang membantu membuat siaran langsung menjual produk di Instagram dan TikTok. Jelasnya, kejadian tercetus apabila Anju mendapati Nurul menjual produk Kak Ton ketika membuat video siaran langsung semasa datang ke rumahnya untuk mengambil kereta yang dijadikan cagaran sebagai ganti rugi terhadap dirinya.
Pun begitu, selepas bertanya sendiri, Nurul mendakwa dia tidak menggunakan nama Anju semasa menjual produk Kak Ton. “Mummy (Kak Ton) bayar dia untuk buat siaran langsung jual produk, orang ini pandai bercakap. Jadi mummy bayar dia untuk jual produk dan dia ambil komisyen. Mummy tak bagi guna platform dia, nak jual macam mana suka hati dia,” jelasnya. Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia bersama adiknya iaitu Harris Annuar ketika ini sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anju.
“Kalau dia terus menerus menyebut nama ibu saya, memamg akan ambil tindakan. Buat masa ini kami lihat dan simpan bukti dahulu. Sekarang saya perlukan bantuan orang ramai sekiranya nampak dia menggunakan nama Kak Ton atau usahawan lain tanpa izin dengan tujuan apa-apa pun tolong rekod dan hantar pada kami.Sebab inilah masa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang seperti ini yang menggunakan platform media sosial untuk membuli orang lain,” kongsinya.
Sebelum ini, Anju, 38, memuat naik video memaparkan dirinya berada di depan balai polis menyangkal dakwaan dirinya ambil kereta milik Nurul. Malah dalam video tersebut, Anju turut menyebut nama Kak Ton dan mendakwa usahawan itu cuba meraih keuntungan dengan kejadian menimpa dirinya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.