Selepas lebih 7 bulan menghilang, isteri Yassin Senario dedah keadaan terbaru suami

Advertisements
Advertisements

Selepas lebih tujuh bulan ‘menghilang’ dari radar dunia hiburan, pelawak dan ahli kumpulan lawak, Yassin Senario dimakumkan sudah kembali ke tanah air. Memetik laporan dari Harian Metro, isteri kepada Yassin, Farah Waheeda Maharidan, mendedahkan selebriti berkenaan kini berada bersama keluarga dan dalam keadaan sihat. Hal ini selepas tular video siaran langsung Yassin yang pertama kali muncul selepas berita ‘kehilangannya’ menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa bulan lalu.

“Ya. Yassin sudah pulang ke Malaysia,” katanya. Bagaimanapun, Farah belum bersedia untuk berkongsi kisah sebenar apa yang berlaku kepada suaminya yang dikaitkan dengan penahanan di Jeddah, Arab Saudi atas dakwaan kesalahan dadah. “Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pelawak itu berada dalam keadaan baik dan semakin sihat. “Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik. Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin,” tambahnya lagi. Sebelum ini, kehilangan Yassin daripada beberapa acara membabitkan kumpulan Senario mengundang pelbagai spekulasi. Keadaan menjadi tular apabila laporan media menyebut seorang pelawak telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah kerana memiliki gnja, dan warganet mula mengaitkannya dengan Yassin.

Difahamkan, pelawak tersebut dijatuhi hukuman penjra enam bulan dan dijangka kembali ke tanah air sekitar April lalu. Namun begitu, Saiful Apek pernah menafikan Yassin dipnjrakan, sebaliknya memberitahu rakan seangkatannya itu sedang melalui proses pemulihan. Apa pun, peminat boleh menarik nafas lega kerana Yassin kini kembali dan sedang berehat bersama keluarga tercinta.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *