PENYANYI dan pelakon Nabila Razali bakal mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun ini bersempena Hari Raya Aidiladha. Istimewanya, Nabila atau Nur Nabila Mohd. Razali, 33, mengajak orang ramai yang berkelapangan untuk hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak lelakinya yang diberi gelaran ‘Baby M’. “Hari Raya Aidilfitri lalu tak dapat balik Kelantan tetapi kali ini kami pulang ke kampung. Jadi saya nak ajak anda semua datang ke majlis akikah Baby M pada 7 Jun ini,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa. Majlis akikah itu akan diadakan di Franky Corner di Kota Bharu bermula pukul 3 petang hingga 5 petang. Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia sekeluarga tidak sabar menantikan kehadiran tetamu bagi memeriahkan lagi acara tersebut. Malah mahu mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim antara tetamu yang hadir nanti.
“Kami sekeluarga tidak sabar nak jumpa di Kelantan nanti, jemput datang beramai-ramai,” ujarnya. Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.