Siapa tak kenal dengan Usahawan sensasi ini. Entah apa sebenarnya yang ada dalam hati pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida dan pengsohor Ahmad Iqbal Zulkefli. Sejak insiden pulang cincin selepas perkhabaran yang mendakwa Vida dan Iqbal menjalinkan hubungan istimewa tinggal ‘kenangan’, masing-masing dilihat mendiamkan. Jika ada pun, mungkin kedua-dua pihak dilihat menyindir antara satu sama lain menerusi platform media sosial masing-masing. Namun baru-baru ini, menerusi perkongsian di TikTok, Vida kelihatan kembali ‘mesra’ dengan Iqbal dan mampu duduk bersebelahan sambil berbual. @datoserividaofficialReplying to @shaa97 @Iqbal Zulkefli Dulu si tanggang !
Menerusi rakaman yang dimuat naik itu, Vida dan Iqbal diajukan beberapa soalan, termasuk status hubungannya dengan Iqbal buat masa ini. Vida bagaimanapun berkata, hilangnya seteru antara mereka adalah berlaku tanpa dirancang, selepas kerap kali berjumpa di pelbagai acara. “Sebenarnya berbaiknya kami ini tanpa dirancang… bila kami berjumpa dan berjumpa. Nampak Iqbal semakin matang selepas setahun lamanya tidak bersua muka,” kata Vida.
Kemudian, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu diaju soalan mengapakah dia tidak berhubung dengan Iqbal dalam tempoh masa yang agak panjang, jawab Vida: “Saya tak tahu dia ni… dulu macam Tanggang,” ujarnya. Bagaimanapun, ketika diminta untuk mengulas apakah status mereka buat masa ini, adakah masih kekal sebagai rakan bisnes atau teman istimewa, masing-masing dilihat mendiamkan diri.
Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju jika Vida dan Iqbal kembali menjalinkan hubungan istimewa. “Suka tengok muka masing-masing. Macam ada aura cinta berputik kembali.” “Haish… apa pasal aku yang tesengeh-sengeh. Cinta berputik kembali lah tu.” “Sweet pula tengok Datuk dengan Iqbal.” Sumber, gempak