Tak mahu terus buang masa, Zizan Razak akui lebih memilih hubungan percintaan lepas kahwin

Memang tak asing lagi kita dengan pelawak ini. Pelakon dan pengacara, Zizan Razak mendedahkan yang dia berasa lebih tenang dan selesa menjalankan rutin hidup sebagai orang bujang. Zizan, 38, berkata, sungguhpun tidak berniat untuk membujang dalam tempoh yang lama, namun, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu enggan berfikir soal jodoh buat masa ini. Katanya, dia lebih menghargai kehidupannya termasuk kerjaya yang sedang mekar membunga dan ahli keluarga yang sentiasa berada di sisinya.

Katanya lagi “Sejujurnya, saya berasa lebih tenang begini (hidup solo). Nak membujang dalam tempoh yang lama itu tidaklah. “Cuma saya rasa bila tiada jodoh atau tiada kesempatan ke atas itu, saya hargai apa yang saya ada sekarang. Kerjaya saya, famili saya dan masa yang saya ada,” katanya kepada Gempak. Zizan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri AI.5YA yang berlangsung di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Melanjutkan bicara, Zizan berkata, dia bukanlah merajuk untuk kembali bercinta.

Cuma, jika boleh, Zizan menjelaskan yang dia lebih tertarik untuk terus mendirikan rumah tangga dan bercinta selepas mengikat tali perkahwinan. “Kalau boleh, saya nak cari jalan atau pun saya nak cari peluang untuk tiba-tiba mendirikan rumah tangga dan bercinta selepas kahwin. Hal itu lebih saya suka. Katanya “Kerja saya hanyalah berdoa supaya jodoh saya dipermudahkan itu sahaja. Bukan kata saya tidak mahu kawin, tentu saya berkeinginan punya isteri dan anak-anak. Kadang-kadang saya suka lihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun punya keluarga kecil mereka sendiri. “Tapi sungguh, buat masa ini saya tiada sesiapa dan saya sentiasa terbuka jika ada yang ingin berkenalan, tapi saya tidak mahu kecundang lagi.

Maksudnya, saya tak nak buang masa ke arah itu (bercinta tanpa berakhir ke fasa perkahwinan),” katanya menutup bicara. Selain Zizan, drama bersiri AI.5YA yang kini boleh distrim di platform penstriman Viu turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Mia Sara Shauki, Ako Mustapha dan Farahdhiya. Sumber. gempak