Lepas beberapa bulan kahwin, akhirnya Sharifah Sakinah tayang wajah suami

Advertisements
Advertisements

PELAKON Sharifah Sakinah akhirnya  terbuka berkongsi wajah lelaki dipercayai suami yang dinikahi sejak April lalu.  Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat menghadiri satu acara bersama lelaki yang dikenali sebagai Cyril Kongo itu.  Malah menerusi hantaran yang di muat naik, dia juga menggelarkan lelaki tersebut sebagai ‘laki’ atau suami. 

“Tahukah anda ‘laki’ saya kuat menyakat saya,” katanya.  Malah dalam hantaran foto dan video yang dimuat naik, Sakinah meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama suaminya itu pada majlis berkenaan.  “100 peratus premium family fun,” ujarnya.  Kedua-dua mereka menghadiri acara sebuah jenama jam tangan mewah.  Menerusi pemerhatian, Cyril merupakan seorang artis asal Perancis yang banyak menghasilkan lukisan dinding. 

Sebelum ini Sakinah pernah mendedahkan dia sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara terperinci perihal suaminya itu.  Untuk rekod Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada 2015 namun berpisah pada 2020. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun. Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan ia juga berkahir dengan perceraian dua tahun kemudian. 

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *