ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil anak pertama. Bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, Nilam, 45, berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dia dan bayi dalam kandungan. “Dia (Azlan) seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata saya.

Saya hanya minta netizen untuk mendoakan supaya kandungan saya ini selamat. Doa yang baik-baik maka yang baik-baik akan datang kepada anda semua,” katanya. Nilam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di aplikasi TikTok pada Rabu yang menjelaskan mengapa hubungan dia dan Azlan masih bertahan sehingga ke hari ini. Malah menerusi perkongsian tersebut, Nilam turut memaparkan video imbasan kehamilan serta keterujaannya bakal menimang cahaya mata lelaki.
Bagaimanapun usia kandungan tidak didedahkan kepada umum. Pada Ogos 2023, Nilam meluahkan rasa sedih apabila bayi dalam kandungannya yang dijangka bersalin pada September tahun sama tiba-tiba hilang didakwa angkara perbuatan khianat. Kata Nilam, sejak mendirikan rumah tangga dengan Azlan pelbagai dugaan dilalui disebabkan pihak ketiga selain sudah lama memendam rasa.
Kemudian pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua dan hadir ke mahkamah untuk memfailkan fasakh. Namun Azlan enggan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri. Untuk rekod, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.