Hanya sebab merajuk, pelakon Fatin Afeefa menerima hadiah kejutan istimewa daripada suaminya yang juga seorang usahawan iaitu Opai. Menerusi perkongsian di TikTok Mirzanjohor, Opai atau Aliff Awang menghadiahkan sebuah bag tangan berjenawa mewah untuk memujuk hati isterinya. “Fatin Afeefa merajuk dapat hadiah Birkin? Dalam podcast sebelum ni kami ada cerita tentang kisah suami seorang artis wanita yang menghadiahkan beg Birkin untuk memujuk isterinya. Klik sini untuk lihat video.

Jadi orang tersebut adalah @aliff_awang dan @fatinafeefa8 ya guys. Ini rakaman yang dibuat oleh Rabi dan Aisyah sewaktu menghantar beg tersebut kepada Fatin Afeefa,” tulisnya. Menerusi video tersebut, Fatin sempat berseloroh mengatakan dia juga mahukan sebuah jam tangan jenama mewah. “Tak cukup, saya perlukan jam Rolex. Jadi kalau dia buat I marah, I dapat bag… ya, buatlah lagi,” kata Fatin.
Rata-rata warganet memuji sikap Opai yang sanggup berhabis duit demi memujuk hati isteri tersayang. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.