Memang negara kita sudah digemparkan dengan filem agung ini. Filem Air Force The Movie, Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini mendapat perhatian ramai pihak. Filem yang dinantikan ramai ini akhirnya telah menemui penonton bermula 25 Ogos lalu dan ternyata mendapat reaksi positif warganet. Antara yang menarik adalah komen ditulis oleh seorang individu yang mengakui bapanya merupakan seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga bangga dengan filem Air Force The Movie.
Katanya plot penceritaan diolah dengan baik selain turut menyatakan babak-babak kegemaran pilihannya. “Sebagai anak TUDM pencen. Aku bangga gila dengan filem ini. Production did their best! My dad also like the plot, clear & straight forward. “Tidak ada banyak flashback. Masuk minit ke 15-20 je terus battle on ground. Scene favorite aku manouvere jet fight!” tulisnya.
Untuk info, filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo. Air Force The Movie juga dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films serta SixFun Media..
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie, Selagi Bernyawa di pawagam.
Sinopsis filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib (Adi Putra) dan Mejar Adnan (Nas-T) bersama skuad Pasukan Khas yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas. Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua.
Zafran (Aiman Hakim), abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sumber, gempak