Elakkan dari terkena jangkitan kuman, Uyaina Arshad melarang tetamu yang datang untuk cium pipi anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mahu mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan anak dengan mengambil keputusan untuk melarang tetamu yang berkunjung pada Aidilfitri daripada mencium pipi bayi ketiganya. Memetik laporan Hibglam, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata, langkah itu dibuat demi melindungi bayinya yang dilahirkan pada 30 Januari lalu daripada risiko jangkitan kuman, meskipun sedar tindakannya mungkin mengundang kritikan.

“Saya sangat jujur sebelum serahkan bayi kepada orang, saya akan cakap jangan cium, pegang boleh lagi. Tapi saya faham sesetengah orang bila dengar mesti cakap kenapa tak bagi cium, macam saya seorang ada anak. Bagi saya, pekakkan telinga saja sebab yang penting anak saya sihat. Kita semua tahu kalau cium pipi bayi baru lahir, boleh memberi jangkitan kepada bayi. Banyak dah kes berlaku. Jadi saya tak kisah pun kalau ada orang nak kata saya overprotective, kalau bukan mak ayah yang jaga budak itu siapa lagi kan?,” katanya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menyentuh persiapan Aidilfitri, Uyaina memaklumkan dia dan suaminya, Raja Syahiran, merancang untuk lebih sederhana dalam aktiviti kunjung-mengunjung tahun ini berikutan keadaan anak mereka, Raja Uzayn yang masih kecil. “Kali ini buat pertama kalinya kami ambil gambar keluarga di studio sebab tak tahu kejadian pagi raya nanti macam mana. Selama ini rutin saya dengan Syahiran dan keluarga mentua adalah pergi solat Aidilfitri di masjid dulu. Balik baru bersiap, salam raya dan pergi menziarah.

Tahun ini mungkin sedikit lain sebab ada bayi kecil, jadi tak nak terlalu keluar sangat. Tapi tak adalah juga menyekat ada ahli keluarga nak datang,” tambahnya lagi. Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Selain Raja Uzayn, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi anak lelaki iaitu Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.