Hantaran pempengaruh MZ Ubai menyorot perhatian rakyat Malaysia dengan kejayaan yang dirangkul isterinya, Shila Amzah di China. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dilihat merakam momen konsert jelajah Shila Amzah di China. Pada hantaran berdurasi tiga minit itu, Ubai memaklumkan tiket bagi konsert jelajah yang berlangsung di Shanghai, China habis terjual kurang dari seminit. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, konsert jelajah yang berlangsung di Modern Sky Lab, China turut dibanjiri ribuan peminat yang hadir memeriahkan malam tersebut. Hantaran tersebut sekali gus mencetus rasa bangga rakyat Malaysia terhadap kejayaan yang dirangkul pelantun lagu Patah Seribu itu di negara asing.



Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.