Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta, seperti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Menerusi satu video yang dimuat naik, beliau meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan hak golongan asnaf dan fakir miskin. Klik sini untuk lihat video.

“Fikir patutnya yang dapat orang-orang miskin, orang merayu-rayu tak dapat, kau lah puncanya. Lepastu tak pasal-pasal yang mencurinya seorang, lembaga zakat terlibat, jadi dia orang takut,” katanya. Menurut Aliff Syukri, perbuatan segelintir pihak itu bukan sahaja mencemarkan imej institusi zakat, malah turut memberi kesan kepada kepercayaan orang ramai terhadap badan yang menjalankan amanah menguruskan kutipan dan agihan zakat.
Katanya lagi, beliau sebagai antara pembayar zakat turut berasa terkilan kerana berusaha keras mencari rezeki sebelum menyalurkannya kepada institusi zakat untuk membantu golongan memerlukan. Untuk rekod, Aliff Syukri merupakan antara penyumbang zakat terbesar bagi tahun 2025 apabila menyalurkan sebanyak RM2 juta menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.