Sebagai anak sulung, penyanyi Shila Amzah akui tidak sekuat yang disangka umum. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat mengajukan soalan berkenaan anak sulung. “Sebagai anak yang paling tua, apa yang anda semua harap orang lain faham?” Ciapan tersebut bagaimanapun meraih perhatian Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, yang memberi gambaran seolah banyak menyembunyikan perasaan.

Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu, anak sulung sering dipaksa oleh keadaan sehingga menuntut dirinya untuk sentiasa kelihatan kuat dan terurus dalam segala hal. “Anak sulung tidak lah begitu kuat secara mental, fizikal dan kewangan. Tapi sering paksakan diri untuk kelihatan baik-baik saja.” Sekadar info, Shila Amzah merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang terdiri daripada Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Syada Amzah.




Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.