Rezeki dapat mertua baik macam ni, Sheila Rusly akui suka kalau menantu minta pelbagai hidangan untuk dia masak

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penerbit Sheila Rusly mendedahkan dia tidak pernah meminta sebarang makanan daripada ibu mentuanya sepanjang 30 tahun mendirikan rumah tangga kerana perkara itu tidak pernah ditanyakan kepadanya. Bagaimanapun, Sheila meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak menantu yang gemar meminta pelbagai hidangan untuk dimasaknya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu bertanyakan mengenai perkara tersebut selain memaklumkan ibu mentuanya mengetahui makanan kegemarannya. Menurut Sheila, dia sendiri gemar bertanya kepada menantunya mengenai makanan yang diinginkan sebelum memasak buat mereka. “Alhamdulillah Allah kirimkan anak-anak menantu yang suka request. Saya pula suka tanya Sya dan Trice (menantu Sheila), nak makan apa hari ini?

Ada teringin apa-apa tak? Mama masak,” katanya. Perkongsian itu kemudian meraih perhatian ramai netizen yang memuji sikap penyayang Sheila selain menyifatkannya sebagai ibu mentua idaman. Malah, ramai turut berharap dapat menjadi ibu mentua sepertinya apabila mempunyai menantu kelak.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *