Pilih kerjaya yang boleh menjamin masa depan, Che Ta tak mahu Aisyah Dhia Rana ceburi industri seni

Advertisements
Advertisements

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta berharap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, memilih kerjaya yang mampu menjamin masa depan lebih stabil seperti bidang perniagaan berbanding dunia hiburan. Menerusi perkongsian di TikTok, Che memaklumkan tidak mahu Aaisyah yang kini berusia 12 tahun menempuh cabaran hidup sebagai anak seni sehingga akhirnya terpaksa mencari sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan.

“Saya bagi penampar nanti. Tidak perlu nak jadi pelakon atau penyanyi. Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak awak ini kena berniaga juga. Jadi ustazah kalau tak mahu, jadi usahawan wanita yang berjaya. Saya mahu awak jadi ustazah,” pintanya. Dalam masa sama, Che Ta berkata dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, sudah melalui pelbagai pengalaman sebagai selebriti dan tidak mahu anak-anak mereka berdepan kesukaran sama.

“Jadi ustazah sejuk sikit perut mommy dengan daddy. Tak payah jadi artis, mommy dengan daddy sudah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa,” ujarnya, Bagaimanapun, Aaisyah dilihat berseloroh apabila menegaskan ibunya tidak boleh menentukan sepenuhnya hala tuju kehidupannya pada masa depan.

“Ini perjalanan hidup saya, bukan awak. Mummy tidak boleh beritahu apa yang saya perlu buat atau mahu jadi,” tambahnya lagi sambil berseloroh. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *