Dah lama tak jumpa, Anak Mas Idayu dedah Aman Graseka dipaksa kerja walaupun keadaan tak sihat

Advertisements
Advertisements

Anak kepada penyanyi, Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah memberi amaran tegas kepada seorang individu yang didakwa memaksa bapanya, pelakon Aman Graseka untuk terus bekerja meskipun berada dalam keadaan kurang sihat.

Menerusi hantaran di Threads, Dayini, 28, meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap individu berkenaan yang menurutnya seolah-olah tidak mengambil peduli tentang keadaan kesihatan bapanya. “Tak habis lagi betina ini, aku cakap jangan kerah bapak aku bekerja. Kau ini dari dulu bodoh, tak pernah bijak. Bila masa aku cakap kau dera bapak aku?

Kau jangan nak bagi aku mula. Kau membuka pekong sendiri dengan buat live. Kau bagi tahu orang. Bukan aku bongok. Makin tua makin benak ya. Aku tak suka cari publisiti. Jadi kau pun jangan nak tumpang sekaki. Tak semua orang dalam live kau itu pertahankan kau. Semua nak tengok kebodohan kau sahaja.” Dalam satu lagi hantaran berasingan, Dayini mengakui dia sudah lama tidak bertemu dengan bapanya, namun masih mengikuti perkembangan pelakon tersebut menerusi individu lain yang prihatin.

Menurutnya, keadaan kesihatan Aman kini semakin membimbangkan dan dia tidak sanggup melihat bapanya terus dipaksa bekerja dalam keadaan sedemikian. “Memang betul bertahun lama tak jumpa papa saya. Tapi alhamdulillah setiap tahun ada hamba Allah banyak menyampaikan info atau update. Dari situ saya tahu keadaan papa saya. Tapi makin lama makin teruk kejadiannya sekarang. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah papa saya dah teruk sakit, tapi masih dipaksa bekerja? Tuan badan ingat lah Allah. Derhaka pada suami jatuhnya berdosa besar.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *