Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Areena tampil menjelaskan dakwaan segelintir warganet tentang isu melibatkan kesihatan suaminya. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meluahkan rasa gusar dengan keadaan kesihatan Aman dengan mendakwa imuniti badannya tidak mampu uantuk bertahan jika bekerja sehingga lewat pagi. Klik sini untuk lihat video.

Tidak berdiam diri, Reena menafikan perkara tersebut dan berkata, sejak kebelakangan ini mereka jarang pulang lewat. “Hari-hari ke saya berniaga? Yang awak tengok abang (Aman) sekarang ini, adakah sebab kami balik pukul 3 pagi? Suami saya pun tak kata apa-apa, walaupun sakit anak tetap kena hantar ke sekolah. Saya berniaga seminggu tiga ke empat kali sahaja, saya tak berniaga hari-hari.
Dalam masa dua bulan ini, saya rasa kami tak balik pun pukul 3 atau 4 pagi. Sebelum ini, ada tetapi bukannya selalu.
Menurut Reena, dia sama sekali tidak pernah meminta Aman untuk melakukan kerja-kerja berat semasa berniaga. “Sebelum ini balik jam 10 malam kalau mula berniaga petang. Suami saya pergi berniaga sahaja, bukannya dia angkat benda berat, dia duduk sahaja. Dia bukannya warga emas lagi, sekalipun warga emas tetap kena bekerja juga..duduk sahaja pun tak sihat juga. Peluh tak keluar langsung.
Suami saya dia tolong buka payung dan susun barang, kemudian dia duduk..saya tak bagi pun dia buat kerja berat. Kalau mengantuk, dia akan masuk dalam kereta.” Justeru, Reena memohon agar warganet tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkenaan kesihatan suaminya dan punca rezeki mereka. “Janganlah kecam tentang imuniti badan atau apa-apa. Sedangkan orang yang sakit pun kena kerja dan cari rezeki.
Jangan menghukum orang sesuka hati. Kalau saya tak berniaga, awak nak bagi ubat dan duit?” Terdahulu, anak kepada Aman iaitu Nurul Dayini Ashiqah memberi amaran tegas kepada seorang individu yang didakwa memaksa bapanya untuk terus bekerja meskipun berada dalam keadaan kurang sihat. Sekadar rekod, Dayini merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Aman bersama bekas isterinya, Mas Idayu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.