Ada yang cakap dengki dengan anak sendiri, tak boleh berdiam ini pula respon dari Abby Abadi

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menepis dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya menyimpan perasaan hasad dengki terhadap anak sendiri. Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, selain menafikan dakwaan kononnya dia pernah meminta wang daripada anak-anaknya.

“Fitnah apa ini? Bila masa saya dengki? Siapa yang minta duit anak?.” Dalam hantaran sama, Abby turut menyangkal dakwaan dia menerima sejumlah wang yang banyak daripada bekas suaminya, Norman Hakim. Menurutnya, sepanjang tempoh 23 tahun perkahwinan mereka, satu-satunya wang yang diterimanya hanyalah wang hantaran ketika majlis perkahwinan.

“Selambak duit itu duit apa? Dah 23 tahun kahwin, baru dapat duit hantaran. Duit nafkah pula tak pernah bagi satu sen pun atas tangan lepas bercerai. Apa yang aku dengki pula ini? Kau dapat info dari mana? Selama aku hidup, aku tak pernah meminta-minta duit orang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *