Pelakon Rita Rudaini menegaskan kejayaan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, yang mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mengucapkan tahniah atas kejayaan Airit Rayyan Rizqin pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mewakili pasukan Selangor.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memuji kemampuan anak kepada pelakon berusia 50 tahun itu yang mewarisi bakat sukan ayahnya. “Kemampuannya dalam sukan olahraga memang tidak dinafikan diwarisi dari bakat ayahnya yang merupakan seorang pemain bola negara yang sangat hebat dan professional. Tahniah.”
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Rita yang tampil berang sekali gus menegaskan bahawa kejayaannya tiada kaitan dengan Aidil Zafuan. Selain itu, Rita menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami. “Tiada kaitan dengan ayah dia (Aidil Zafuan). Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari adalah aku. Hamak perhatian.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.