Harus berfikir ke arah yang lebih profesional, Nabila Razali lebih selesa untuk tak terlalu mendedahkan wajah anak atas permintaan suami

Advertisements
Advertisements

DEMI menghormati permintaan suami, penyanyi dan pelakon Nabila Razali lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah anaknya, Nik Muhammad termasuk dalam urusan kerja melibatkan kolaborasi dengan mana-mana produk.  Bagi Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, cukup sekadar beberapa perkongsian di media sosial sebagai tanda menghargai peminat yang selalu bertanyakan khabar Muhammad.

“Buat masa sekarang saya hormat dengan keputusan suami di mana dia tidak terlalu membenarkan untuk dedahkan anak. Kebanyakan jenama juga hanya bekerjasama dengan saya. Jadi tak mahu libatkan orang lain termasuk anak sendiri. Cuma ada sesekali saya kongsi sebab ramai bertanya. Juga nak beritahu inilah Muhammad anak Nabila Razali,” katanya. 

Nabila ditemui ketika majlis menandatangi perjanjian kerjasama dia dengan produk minuman Bliss yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Tambah penyanyi ini, keputusan itu juga dibuat demi menjaga privasi keluarga selain mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Nabila dalam masa sama memberitahu, Muhammad mula mendapat tawaran kerjasama dengan beberapa jenama namun dia berasa masanya belum sesuai buat anak kecil itu. 

“Dengan keadaan dunia sekarang yang macam-macam berlaku termasuk penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan), saya sendiri pun jadi takut.  Sebab itu saya amat faham dengan keputusan suami. Ia lebih kepada menjaga privasi. Insya-Allah kalau ada rezeki nanti dan suami izinkan saya akan terima tawaran untuk Muhammad,” ujarnya. Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada November 2023. 

Anak sulung mereka, Nik Muhammad dilahirkan pada 23 Disember 2024. Sementara itu, bercakap tentang kerjasama dengan Bliss, Nabila menganggap ini merupakan satu langkah untuk dia lebih serius dalam bidang keusahawanan. Bukan hanya sekadar menjadi duta, dia turut terlibat dalam perancangan dari sudut pemasaran jenama tersebut. 

“Kali ini sedikit berbeza. Saya pun semakin matang dan harus berfikir ke arah lebih profesional. Untuk kerjasama ini saya betul-betul terlibat dalam pengurusan,” kongsinya. Nabila juga bakal tampil dengan perisa pilihannya sendiri bersama jenama itu dalam masa terdekat.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *