Kejadian yang tak diingini menyayat hati yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan , berhampiran Sedenak baru-baru ini menimbulkan rasa pilu orang ramai selepas tular video seorang suami yang merintih sayu melihat isterinya berada dalam kenderaan yang sedang marak terbkr.
Hadir Ziarah Suami & Keluarga Arwh
Terkini, pendakwah bebas, Ebit Lew membuat perkongsian di media sosial yang hadir menziarahi suami, ibu bapa dan keluarga arwh Nurul Nazihah. “Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwh Nurul Nazihah yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini kereta terbkr baru-baru ini. Arwh dan keluarga baru seminggu balik Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW.”- tulis Ebit.
Sangat Menjaga Solat & Suka Kongsi Nasihat Agama
Tambahnya lagi, pendkwah bebas ini meluahkan rasa sebak selepas keluarga arwh berkongsi amalan arwh Nurul Nazihah yang sangat menjaga solat sejak remaja sehinggalah ke alam perkahwinan. “Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jnzh sempurna. Dengar amalan baik arwh. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwh ini.”-Kongsi Ebit. Di akhir hantarannya, Ebit Lew turut menitipkan doa agar suami dan keluarga arwh agar terus kuat dan tabah di atas ujian yang berlaku. Sumber, Murai.my
Ebit Lew Luah Rasa Syukur Dapat Bertemu Maula Muhammad Amin Di KLIA, Ebit Akui Maula Seorang Yang Penuh Adab
Siapa tak kenal dengan pendakwah popular ini. Pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai pertemuannya bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.
“Merendah Diri Orangnya.”
Ebit Lew menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat sedang berbual dan bersalaman dengan Maula berkenaan, serta turut memuji sikap beliau yang penuh dengan adab. “Rezeki dekat airport KLIA berjumpa Maula Muhammad Amin Al Idrisi. Alhamdulillah terkesan dengan akhlak mulia Maula lembut orangnya. Orang soleh dan penuh dengan adab. Merendah diri orangnya.”-Kongsi Ebit
Pelbagai Reaksi Warganet
Di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan rasa syukur dengan pertemuan Ebit dan Maula, malah ada yang menganggap pertemuan dapat bertemu individu yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW itu sebagai satu rezeki. “Suka cara Ustaz Ebit Lie bersalam dengan Syed Muhammad. Tak perlu sampai tunduk cium tangan. Cukup setakat salam berpelukan tu dah ok.” “MashaAllah, berkat pengorbanan Ustaz, Allah ganti bertemu beliau.” “Allahuakbar rezeki dapat berjumpa, Allah SWT Maha pengatur terbaik. Alhamdulillah.”
Nama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani menjadi bualan ramai selepas didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad. Walaubagaimanapun, difahamkan program individu ini gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan. Sumber, murai
Nabil Ahmad Luah Rasa Terharu Ustaz Ebit Lew Datang Ziarah Keluarganya, Ini Titipan Ebit Lew Buat Ramai Sebak. Umum ramai kenali dengan pendakwah ini. Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad yang baharu sahaja kehilangan ayah tercintanya, Ahmad Haji Ismail pada 7 Oktober lalu. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ebit menyatakan arwah pastinya berasa bangga kerana memiliki seorang anak yang soleh seperti Nabil. “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Nabil sekeluarga tabah atas pemergian arwah ayah, Haji Ahmad Ismail. Ya Allah ampunilah Haji Ahmad Ismail dan hadiahkan syurga Firdaus buatnya.
Luahnya lagi “Gembiranya seorang ayah pergi saat meninggalkan anak yang soleh buat usaha dakwah dan buat usaha atas iman. “Itulah hadiah sangat besar seorang anak buat ayahnya. Semoga kita semua istiqamah sampai menemui-Nya (Allah),” tulis Ebit pada kapsyen. Terasa dengan kehilangan ayah kepada Nabil, Ebit turut kembali teringat akan peristiwa ayahnya yang telah menghebuskan nafas terkahir setahun lalu.
Bagi Ebit, pemergian orang yang paling disayanginya itu menjadikan dia hilang tempat untuk bermanja dan mengadu. Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad dilihat sempat membalas kepada Ebit di ruangan komen dengan meluahkan rasa terharu diatas kehadiran pendakwah berkenaan ke rumahnya. “Saya mewakili Ibu saya sangat-sangat terharu dengan kedatangan ustaz Ebit dan tiada kata yang dapat kami terjemahkan untuk menzahirkan perasaan kami. Terima kasih ustaz,” komen Nabil. Terdahulu, berita pemergian ayah Nabil turut dirasai oleh rakan selebriti dan peminat. Arwah disahkan pergi menghadap ilahi akibat komplikasi jantung.