PEMPENGARUH Aisar Khaled didakwa melakukan penipuan dan penyelewengan melibatkan wang berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Satu laporan dibuat terhadap Aisar di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia pada Isnin berhubung dakwaan berkenaan. Peguam yang mewakili pelapor dikenali sebagai Machi Achmad memberitahu laporan dibuat selepas pihak mereka gagal mendapat sebarang respons daripada Aisar setelah dihubungi beberapa kali.
“Kami sudah menghantar surat tuntutan sebanyak tiga kali, tetapi tiada jawapan dan dia juga tidak memberikan maklumat mengenai keberadaannya,” ujarnya. Sementara itu, seorang lagi peguam, Michael Sugijanto berkata, pertikaian tersebut berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat milik anak guam mereka.
Berdasarkan perjanjian itu, Aisar perlu untuk melakukan kerja secara langsung atau hadir dalam beberapa acara sebagai sebahagian daripada penyelesaian tanggungjawabnya. Bagaimanapun, pihak agensi mendakwa sehingga kini kewajipan tersebut masih belum diselesaikan seperti yang dipersetujui. Sugijanto berkata, pihaknya sebelum ini sudah berusaha menyelesaikan perkara tersebut secara baik. Mereka juga dikatakan sudah menghubungi Aisar serta menghantar surat tuntutan, namun tidak menerima sebarang maklum balas.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.