Tak berniat untuk burukkan mana mana pihak, Fara Salleh akui terpaksa berbuat demikian sebab memerlukan wang dengan kadar segera

Advertisements
Advertisements

BEKASĀ isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegaskan tindakannya berkongsi tentang tuntutan bayaran yuran pendaftaran tahunan taska anak mereka bukanlah untuk mengeruhkan keadaan atau memburukkan mana-mana pihak. Sebaliknya, Fara, 34, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana memerlukan wang tersebut dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pendaftaran sesi baharu taska anak mereka, Elaine Nada.

“Saya kongsi di media sosial sebab nak lakukan pendaftaran segera. Sebelum ini saya yang tanggung perbelanjaan anak, cuma kali ini saya minta dia untuk bayar. Anak dah nak masuk dua tahun, jadi banyak keperluan. Semua itu saya kena selesaikan segera, sebab itu saya minta kepada dia. Kalau urusan pendaftaran ditangguhkan, takut nanti taska itu sudah penuh,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Fara, tindakan tersebut juga dibuat kerana melihat Shuk seakan-akan tidak ambil peduli setelah dia mengingatkan perkara tersebut sejak beberapa bulan lalu. Malah, dia menepis tanggapan sukar dihubungi meskipun nombor telefon Shuk di aplikasi WhatsApp telah disekat. “Saya dah ingatkan dia lebih awal, tetapi dia hanya berdiam sahaja. Apabila sudah beritahu secara elok dan dia masih buat tak tahu, sebab itu saya kongsi di media sosial.

Nombor telefonnya memang saya dah sekat di WhatsApp, tetapi dia boleh sahaja hantar mesej. Ada pelbagai platform boleh hubungi saya,” ujarnya. Fara sebelum ini menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya menuntut Shuk untuk menanggung sebanyak RM1,200 bagi yuran pendaftaran taska yang secara keseluruhannya berjumlah RM1,540.

Shuk pula dalam satu video yang dimuat naik memberitahu dia hanya mampu membayar RM1,000 setiap bulan sebagai nafkah selepas mereka berpisah. Untuk rekod, Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, menikahi Fara pada November 2023 di Thailand. Shuk bagaimanapun melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon pada April 2025. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nada yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *