Kerajaan umumkan beri diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Deepavali bermula dari 6 hingga 7 November

Advertisements
Advertisements

KERAJAAN mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus pada Jumaat dan Sabtu ini sempena sambutan Deepavali. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian diskaun itu bermula pukul 12 tengah malam Jumaat hingga 11.59 malam Sabtu. Menurutnya, diskaun berkenaan meliputi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol seluruh negara, manakala di Jambatan Pulau Pinang turut membabitkan kenderaan Kelas 2.

Bagaimanapun, dua plaza tol dikecualikan daripada pelaksanaan itu, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura. Susulan itu pengguna yang melalui kedua-dua plaza tol berkenaan masih perlu membayar kadar biasa. Nanta berkata, kerajaan memperuntukkan anggaran RM20.11 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi pemberian diskaun itu, tertakluk kepada pengesahan jumlah trafik.

Langkah tersebut bertujuan meringankan beban kewangan mereka yang pulang ke kampung atau menziarahi saudara-mara sempena perayaan berkenaan. Beliau turut menggesa pengguna membuat persediaan perjalanan dengan menyemak baki kad Touch ’n Go atau e-dompet, mematuhi had laju dan menjaga jarak selamat daripada kenderaan lain.

Pengguna juga dinasihatkan memantau keadaan trafik serta insiden di lebuh raya menerusi saluran rasmi pihak berkuasa berkaitan. Nanta turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada masyarakat beragama Hindu, sambil berharap perayaan itu terus memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *