Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tidak menggalakkan dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina, untuk menceburi bidang seni sebagai kerjaya tetap. Ketika ditemui, Awal, 44, menzahirkan hasrat agar anak-anak memilih pekerjaan yang mempunyai jaminan masa depan berbanding bergantung sepenuhnya kepada kerjaya sebagai selebriti.
Jelasnya, peluang dalam industri hiburan banyak bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang selain tidak menjanjikan pendapatan yang konsisten. “Anak saya dah kena brainwash dah. Kadang-kadang mereka cakap nak jadi pelakon, tapi Scha tak bagi. Scha bagitahu anak-anak untuk jadi bijak.
Kadang-kadang perkara ini ikut rezeki dan nasib. Dalam Malaysia, bukan saja soal bakat tetapi dia disertai dengan rezeki dan juga nasib. Kehidupan sebagai selebriti tak menentu. Kalau tengah naik, tawaran banyak. Kalau dah suam-suam, nanti tawaran akan kurang. Jadi, memang tiada jaminan.”
Awal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Telefilem Like & Latte yang berlangsung di Eleventea, Wangsa Maju pada Selasa. Tambah Awal, berbeza dengan sesetengah bidang pekerjaan lain yang menyediakan simpanan persaraan, golongan selebriti perlu menguruskan sendiri simpanan dan caruman bagi menjamin masa depan mereka. Bagimanapun, Awal tidak menafikan bidang seni juga mampu memberikan kehidupan yang baik namun perkara tersebut tetap bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Orang lain kalau dah tua, mereka boleh fikir nak bersara sebab duit simpanan banyak kemudian ada duit pencen lagi. Kalau selebriti kena carum sendiri, itu pun kalau ada yang beringat. Kalau yang tak beringat, masa tengah berjoli tiba-tiba bila dah down, tiada apa-apa. Daripada situlah saya rasa anak-anak carilah kerja yang boleh menjamin. Bukan nak kata industri kita tak menjamin tetapi bergantung kepada rezeki dan nasib.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.