Memang tak asing lagi semua dengan wanita ini. Ini luahan Sharifah Sakinah buat ramai terkejut “Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi,” – Sharifah Sakinah. Perkongsian terbaharu pelakon Sharifah Sakinah di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut seolah-olah memberi bayangan mengenai situasi rumah tangganya. Dalam hantaran tersebut, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata dia dan suaminya iaitu Michael Hensen mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak sesuai lagi menjadi pasangan. “Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” tulisnya.
Sakinah mengumumkan perkahwinan bersama Michael sekitar Februari lalu.
Bersama kapsyen tersebut, dia memuat naik foto bersama Michael yang dirakam di dalam sebuah kenderaan. Sakinah bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen. Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, telah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.
Pelakon ini menutup ruangan komen di hantaran berkenaan.
Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 dan hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5. Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Sumber, mstar
Ini Respon Sharifah Sakinah Bila Disoal Tentang Tambah Anak, Sakinah Merancang Untuk Tak Mengandung Lagi. Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Pelakon Sharifah Sakinah tidak mempunyai perancangan untuk hamil selepas berkahwin dengan lelaki Sweden, Michael Hansen, 43. Menurut Sakinah, 33, dia seorang yang ingin ‘berkepit’ sekiranya mengandung namun itu tidak boleh berlaku memandangkan suaminya, tinggal di Sweden manakala anak perempuan, Anais Adha, di Malaysia. Malah, kata pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, keluarga suaminya tidak pernah bertanya mahupun memberi tekanan.
Secara logiknya tak ada perancangan lagi untuk anak baru. Sebab saya ini jenis suka berada dengan suami. Kalau saya mengandung saya nak anak dan suami sentiasa ada dekat saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya. Saya membuat keputusan tak merancang untuk mengandung lagi. Suami pun dah tua, maksudnya kalau umur dah 40 tahun ke atas tak nak anak masih kecil.
Orang di sana tak macam orang kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada tanya semua itu. Mereka macam biasa saja. Kadang-kadang bercakap pun tidak. Sakinah berkata demikian ketika tayangan filem Cikgu vs Hantu yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini. Filem Cikgu vs Hantu dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar dan Zahiril Adzim sudah ditayangkan di Astro First, saluran 480, sejak 8 September.
Saya dah penat
Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series menyatakan dia bersyukur dengan kurniaan Allah sekarang biarpun ‘long-distance relationship.’ Katanya, dia kini mahukan kehidupan lebih tenang. Secara asasnya adalah diri sendiri. Saya tahu tanggungjawab saya dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Jadi, saya rasa ketenangan itu datang dari situ. Saya tak nak tenaga habis disebabkan bergaduh saja.
Saya rasa perlu menikmati masa sekarang ini dan kurangkan fikir masa depan dan masa lalu. Walaupun saya ‘drama’, tapi dalam kepala saya tak pun sebenarnya. Kalau tak, saya layan warganet dan hidup menjadi sedih. Saya hanya mahu begitu dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang walaupun jauh.
Pada Februari lalu, Sakinah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen namun merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan. Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Sumber, oh bulan